Teman2 Inspirasiku...terima kasih...

Thursday, January 19, 2012

Blueberry light cheesecake...yummeh...















Assalam.semua teman2 cayang...
masa deco,cantiknye...kuikuikui...(puji sendiri..hehehe)
..apa khabar di pagi nan indah ni...hmmm..
hari ni cek nk update resepi cheesecake yg cek share dr blog HaSue...sedap dan gebus kek ni...cek suka..cek suka..Dah banyak kali jugak cek buat..kdg2 letak dlm cup kecik2..kdg2 cek buat sebijik lagu ni la..tapi kali ni cek derhaka resepi sikit sebab pandai2 pi tambah blueberry filling..(tengok ada baki dlm peti ais,kes nk clear peti ais la ni)
selalunya cek buat jadi gebu lagi dari yg ni...had ni versi terlebih bakar..hehehe..ralit dok layan anak la ni...mujur still marbeles..hehehe..



dah siap bakar..gini pulok rupanye...hehehe..x kisahla..janji sedap...

 jom share resepi kt sini...


Blueberry Light Cheese Cake



Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
 
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
di tambah * blueberry filling...

Cara-cara

  • 1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  • 2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan).
  • 3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.
  • 4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  • 5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan.*letakkan filling blueberry diatas adunan kek..deco ikut suka..(filling akan mendap sendiri ke dalam kek... Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
  • 6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  • 8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Ha ..dh siap sesi masukkan resepi...apalagi..jomla cuba...hehehe..hari ni mood penang mai pulak..ekekekek...Terima kasih sekali lagi pada empunya resepi..HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Semoga semakin dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik..agar dapat share lagi resepi2 yg mantop gini...salam untuk hari ini..ada umur jumpa lagi di lain entry..mmmuaahh..





No comments:

Post a Comment